Latar Belakang Syarikat
Syarikat Takaful Malaysia Berhad (Takaful
Malaysia) diperbadankan pada 29 November 1984. Modal dibenarkan semasa
Takaful Malaysia ialah RM500 juta dan modal berbayar ialah RM162.817
juta. Ia mula beroperasi pada 22 Julai 1985 sebelum pembukaan rasminya
pada 2 Ogos 1985 oleh Perdana Menteri Malaysia pada masa itu, Tun Dr.
Mahathir Mohamed.
Perbadanan Takaful Malaysia adalah atas
sokongan "Pasukan Petugas atas Kajian Penubuhan Syarikat Insurans Islam
di Malaysia" (Pasukan Petugas) ditubuhkan oleh kerajaan Malaysia pada
1981. Pasukan Petugas dalam laporannya memutuskan bahawa sebuah syarikat
takaful yang berasaskan prinsip al-Mudharabah adalah satu usahaniaga
yang bagus memandangkan para peserta berpeluang menyimpan, melabur dan
memperoleh keuntungan berasaskan prinsip ini.
Takaful Malaysia
dijadikan sebuah syarikat awam berhad pada 30 Julai 1996 disusuli dengan
penyenaraian sahamnya di Papan Utama (kini bergelar 'Pasaran Utama' di
Bursa Malaysia Securities Berhad. Modal dipertingkatkan kepada RM55
juta. Struktur modal sejak kini telah dipertingkatkan disebabkan oleh
urusan penyusunan semula pada akhir tahun 2003 membawa kepada modal
saham berbayar Takaful Malaysia kini berjumlah RM162.817 juta.
BIMB
Holdings Berhad ialah pemegang saham utama dengan kepentingan sebanyak
60.50% di Takaful Malaysia. Di bawah Kumpulan BIMB Holdings Berhad, Bank
Islam Malaysia Berhad (BIMB), Bank Islam yang pertama di Malaysia ialah
51.00% subsidiari milik penuh BIMB Holdings Berhad. Selain kegiatan
perbankan dan takaful, Kumpulan BIMB Holdings juga mempunyai minat di
dalam broker saham, modal usaha rentan, amanah saham dan perbankan luar
pesisir. Kumpulan BIMB Holdings merupakan pemangkin dalam membangunkan
secara aktif bukan sahaja perbankan Islam dan takaful malahan pasaran
modal Islam. Pada 1 Julai 2009, BIMB Holdings Berhad menjadi subsidiari
Lembaga Tabung Haji dan pegangan saham semasa dalam BIMB Holdings
Berhad adalah 51.17%.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan